
Gourmet
Menikmati Hakodate dengan menghidangi gourmet di sini
Kami akan memperkenalkan banyak tempat gourmet yang tersembunyi, termasuk kursus yang paling popular di mana anda boleh menikmati makanan laut segar dan buah-buahan bermusim, dan pasar pagi Hakodate sebagai salah satu tempat gourmet wakil Hakodate. Kami ingin memperkenalkan restoran dan gourmet yang menarik untuk pelancong yang melawat Jepun seperti restoran terkenal dengan masakan Jepun yang disenaraikan dalam Panduan Michelin, ramen sup garam dengan sup jernih yang disukai juga oleh orang tempatan, kafe di mana anda boleh menikmati masa teh yang elegan di ruang retro di mana menggabungkan Jepun dan Barat, dan pelbagai bandingan ais krim yang unik di Hokkaido seperti kelp, labu, dan melon.
Kafe yang bergaya dengan suasana indah!
Kami akan memperkenalkan kafe yang terbaik di Hakodate, seperti bar kafe dengan pemandangan indah di tingkat paling atas hotel, kafe yang bergabung dengan kedai makan pencuci mulut yang popular, dan kafe di mana anda boleh menghabiskan masa untuk menikmati sejarah dengan mewah.
Bekas Konsulat British di Bandar Hakodate, yang telah ditetapkan sebagai harta budaya ketara Bandar Hakodate, mempunyai “Tea Room Victoria Rose” di mana anda boleh menikmati pemandangan taman mawar di luar sambil menikmati set teh petang tradisional.
Ramen Sup Garam yang disyorkan oleh penduduk tempatan juga!
Hokkaido terkenal dengan tiga ramen, “Ramen Sup Miso di Sapporo”, “Ramen Sup Garam di Hakodate”, dan “Ramen Sup Kicap di Asahikawa”.
Antaranya, ramen di Hakodate mempunyai sejarah yang terlama kerana Hakodate adalah pelabuhan terbuka untuk masa yang panjang.
Ramen Sup Garam dengan sup jernih dan rasa umami adalah sangat popular di kawasan tempatan Hakodate!
Khususnya, kedai “Hakodate Men Chubo Ajisai”. Kedai ini bukan sahaja ada cawangan di bandar Hakodate, tetapi juga di Lapangan Terbang Senki dan Sapporo.

Ais krim yang hanya boleh dimakan di Hakodate
Bagi penduduk di Hakodate, ais krim adalah pencuci mulut yang mereka makan pada bila-bila masa tanpa mengira iklim, sama ada selepas mandi, letih lepas berjalan-jalan, atau lepas makan makanan panas di dalam rumah pada hari sejuk.
Di Motomachi yang juga dipanggil sebagai “Jalan Ais Krim”, dan kedai-kedai yang diuruskan oleh peladang secara langsung di pinggir bandar, anda dapat merasai ais krim dengan rasa susu yang dibuat dengan susu segar dan rasa tipikal Hakodate seperti dakwat sotong, kelp, dan wain. Sila cubakan semasa melawat ke sini.
Nasi Mangkuk makanan laut dan sushi dengan hidangan mewah
Apabila anda datang ke Hakodate, makanan laut adalah salah satu kemestian yang perlu dicuba! Terdapat banyak hidangan di sini menggunakan banyak makanan laut seperti landak laut, kerang, dan telur salmon!
Kami ingin nak memperkenalkan hidangan gourmet yang indah seperti nasi mangkuk dengan makanan laut seperti permata yang boleh dinikmati pada harga yang berpatutan, dan nigiri sushi yang dibuat dengan bahan-bahan yang segar.
Antaranya, restoran sushi tali pinggang penghantar adalah satu pilihan yang disukai, baik di Jepun atau di luar negara dan sepanjang masa ada barisan panjang di luar kedai. Di sana, anda boleh menikmati pelbagai jenis bahan makanan laut segar dan nasi cuka yang dibuat dengan nasi yang baru siap masak dengan harga yang berpatutan.

Restoran terkenal dengan masakan Jepun yang diperkenalkan dalam Panduan Michelin
Hakodate yang diberkati dengan alam semula jadi mempunyai beberapa restoran yang tersenarai di Michelin.
Antaranya ada restoran tradisional Jepun, restoran kaiseki, dan restoran sukiyaki yang dulu sebagai kedai daging, menawarkan masakan Jepun dan juga masakan barat dengan gred tinggi yang menggunakan bahan-bahan yang dipilih dengan teliti.

Pasar Pagi Hakodate yang seperti syurga makanan laut!
Terdapat kira-kira 300 restoran di Pasar Pagi Hakodate yang disukai oleh chef profesional, penduduk tempatan, dan pelancong yang melawat Jepun.
Selain dari makanan laut yang terbangga di Hakodate, makan yang sudah dikeringkan, buah-buahan, gula-gula, dan lain-lain, anda juga boleh mengalami “memancing sotong” yang terkenal dan sentiasa berbaris di luar kedai.
Marilah makan semua makanan lazat Hakodate
Oleh sebab berkeliling dengan laut, Hakodate bukan sahaja mempunyai makanan laut yang dibanggai oleh penduduk Hokkaido, tetapi juga mempunyai pelbagai jenis masakan kerana sejarahnya yang panjang sebagai bandar pelabuhan di mana ada kemasukan pelbagai budaya makanan dari seluruh dunia.
Anda boleh menikmati pelbagai makanan gourmet Hokkaido di mana-mana seperti di pasar pagi, kafe, ataupun restoran Jepun.