Keyword Search

Gourmet

Gourmet

Menikmati Hakodate dengan menghidangi gourmet di sini

Hakodate adalah terletak di bahagian selatan Hokkaido. Ia bukan sahaja tempat yang mempunyai banyak destinasi pelancongan dengan bangunan bersejarah dan pemandangan yang indah, tetapi juga merupakan syurga untuk makanan yang sedap! Sebagai tempat yang dikelilingi oleh laut dari tiga sisi, Hakodate terkenal dengan banyak makanan laut dan hidangan makanan laut yang lazat. Selain itu, hidangan lain seperti hamburger, ramen, dan kari sup juga disukai oleh penduduk tempatan. Berikut adalah hidangan-hidangan tempatan terpilih yang lazat dan sedap. Silalah nikmati masakan lazat di Hakodate.

Burger terbaik di Jepun! "Lucky Pierrot" yang terkenal sekali!

Burger “”Lucky Pierrot”” yang digelar sebagai makanan jiwa oleh penduduk tempatan, memang disukai oleh penduduk tempatan dan juga pelancong, dan ia telah dipilih sebagai burger yang paling lazat di Jepun.
Ia telah memenangi tempat pertama dalam ranking burger tempatan “”Nikkei PLUS1″” dan telah mendapat populariti yang tinggi sekali. Bahan-bahan yang digunakan adalah dipilih dengan teliti seperti penggunaan sayur-sayuran dari Hokkaido, dan oleh itu dapat menyediakan burger yang tersegar.

Restoran ini mempunyai menu yang beraneka. Selain burger klasik dan kentang goreng, ia juga mempunyai pilihan burger khas dan menu bermusim. Salah satu hidangan yang paling disyorkan adalah “”Burger Ayam Cina,”” yang dijual sebanyak 500,000 burger dalam satu tahun!
Selain burger, Lucky Pierrot juga menawarkan menu restoran keluarga seperti nasi kari, Yakisoba dan katsudon. Semua kedai mempunyai menu yang lain-lain dan mempunyai ciri-ciri mereka sendiri, di mana anda boleh menikmati sepenuhnya rasa Hakodate di Lucky Pierrot.

Kedai ini mempunyai dekorasi dalaman yang modis dan unik, dengan warna-warni yang menarik perhatian. Reka bentuk yang menggabungkan elemen-elemen kontemporari dan tradisional menciptakan atmosfer yang hidup dan terseronok sekali. Terdapat barang-barang hiasan dan hiasan dalaman yang boleh dinikmati di seluruh kedai, dan anda boleh menikmati pengalaman dunia yang berbeza dan unik. Di situ, anda akan dapat merasai suasana yang hangat dan menyeronokkan semasa makan.

Gambar itu adalah gambar untuk kedai utama di Bay Area.

Kedai Utama Lucky Pierrot Bay Area 
Lokasi: 23-18 Suehiro-cho, Hakodate-shi(Google Map
https://luckypierrot.jp/

Rasai sejarah dan budaya di Hakodate——""Gotoken Restoran Sekkatei""

Adakah anda ingin perlahan-lahan menikmati “”makanan Barat”” yang menggabungkan rasa Jepun dan rasa Barat dalam persekitaran yang elegan? Kalau ingin, “”Gotoken Restaurant Sekkatei”” adalah amat disyorkan untuk anda.
Restoran Sekkatei adalah ditubuhkan pada tahun 1879 (Meiji tahun 12), dan merupakan restoran yang telah lama ditubuhkan di Hakodate dengan sejarah yang panjang dan ia terletak di bangunan bersejarah “”Gotoken Honkan”” di Bandar Hakodate. Bangunan ini dibina pada 80 tahun yang lalu dan merupakan harta budaya ketara daftar kerajaan, dan anda tentu dapat merasai sejarahnya.
Di sini, di samping menikmati suasana retro bangunan, anda juga boleh merasai makanan Barat yang asli, dan juga menikmati campuran romantis Jepun dan Barat.

Menu di restoran ini adalah sangat beraneka, di antaranya “”kari gaya Inggeris”” dan “”kari scallop”” adalah menu yang popular. Rasa tradisional “”Kari Itik Kaya”” juga terkenal kerana pernah dimakan oleh Baginda Maharaja dan Maharani.
Restoran ini menggunakan banyak bahan-bahan dari Hokkaido, seperti ayam dan scallop. Anda bukan sahaja boleh menikmati menu Barat asal Gotoken, tetapi terdapat juga menu kursus dan menu set, jadi di sini anda boleh menikmati pembuka selera dan pinggan hidangan pelbagai.
Ciri reka bahagian dalam restoran adalah pelik dan nostalgia, seolah-olah anda akan kembali ke masa dahulu semasa makan.

Gotoken Restoran Sekkatei
Lokasi: 4-5 Suehiro-cho, Hakodate-shi, Hokkaido (Google Map)
https://gotoken1879.jp/restaurant/

Makanan jiwa di Hokkaido! ""Yoshida Shoten"" adalah disyorkan jikalau anda ingin makan kari sup yang lazat

Pemiliknya, Encik Yoshida, mewarisi restoran kari sup di Sapporo daripada gurunya. Kedai ini dibuka di Hokkaido pada tahun 2003.

Kari sup adalah semua disediakan dengan buatan tangan. Perasa dan rempah dimasak, dan rasanya memang sangat menyegarkan dan lazat. Terdapat lebih daripada 20 jenis topping yang boleh dipilih, dan klasik “”Kari Kaki Ayam Lembut”” adalah antara menu yang paling popular. Sup kari adalah gabungan paha ayam yang lembut dan lazat dengan sayur-sayuran, dan sup kari mempunyai rasa yang menyegarkan tetapi kaya, serta tekstur yang kaya dan keharmonian rasa menjadikannya menu yang sangat memuaskan.

Anda boleh memilih daripada 11 tahap pedas untuk kari sup, dan jika anda suka makanan pedas, anda boleh cuba tahap pedas yang tertinggi!

Sebagai tambahan kepada bahan-bahan standard dan topping, anda juga boleh memilih bahan-bahan inovatif dan unik seperti kerang, keju, serbuk ikan, asparagus, dan yang lain-lain lagi. Mereka menawarkan topping bermusim bergantung pada musim anda mengunjungi, dan terdapat kejutan yang menggembirakan setiap kali anda makan di sana.

Reka bentuk bahagian dalam kedai adalah gaya Showa, dan kerusi dan meja sekolah rendah dibarisi. Semasa makan kari sup di kerusi dan meja sekolah rendah, anda boleh menikmati rasa nostalgia dan suasana retro pada masa yang sama.
 
Yoshida Shoten
Lokasi: 24-1 Shinkawa-cho, Hakodate-shi (Google Map)
http://yoshidashowten.com/

Kafe yang bergaya dengan suasana indah!

Kami akan memperkenalkan kafe yang terbaik di Hakodate, seperti bar kafe dengan pemandangan indah di tingkat paling atas hotel, kafe yang bergabung dengan kedai makan pencuci mulut yang popular, dan kafe di mana anda boleh menghabiskan masa untuk menikmati sejarah dengan mewah.
Bekas Konsulat British di Bandar Hakodate, yang telah ditetapkan sebagai harta budaya ketara Bandar Hakodate, mempunyai “Tea Room Victoria Rose” di mana anda boleh menikmati pemandangan taman mawar di luar sambil menikmati set teh petang tradisional.

Wakil ramen garam di Hakodate! ""Hakodate Menchubo Ajisai"" di mana peminat ramen pasti mengunjung

Di Hokkaido, rasa asas ramen berbeza bergantung pada rantau. Dan ramen yang paling terkenal di Hakodate adalah ramen garam. “”Ajisai”” adalah restoran ramen yang paling lama ditubuhkan di Hakodate, yang telah berniaga selama lebih dari 90 tahun sejak pertubuhannya.

Hidangan yang paling popular, ramen garam, mempunyai aroma yang kaya tetapi menyegarkan, dan mempunyai penampilan yang mudah dan desa, tetapi sebaik sahaja anda merasainya, anda tidak akan melupakan rasanya. Sup ramen garam adalah jernih, dan apabila anda mencampurkan sup dengan mi lurus khas, anda boleh menikmati keenakan yang aromatik dan kaya. Kombinasi perisa yang menyegarkan tetapi kaya ini mewujudkan rasa sup dan mi yang terenak di mana seseorang dapat makan tanpa berhenti.

Lokasi restoran ini sangat mudah diakses, dan selain daripada kedai utama Goryokaku, ramen Ajisai juga boleh dinikmati di cawangan-cawangan seperti Stesen Hakodate dan Hakodate Bay Gourmet Club yang berdekat dengan Gudang Kanamori, jadi adalah sangat sesuai untuk memasukkannya ke dalam jadual pelancongan anda.
Sebagai restoran ramen yang berada di tempat teratas di setiap laman web pelancongan dan gourmet yang terkenal, Ajisai boleh dikatakan sudah menjadi sinonim untuk restoran ramen di Hakodate.

Hakodate Menchubo Ajisai
Lokasi: 29-22 Goryokaku-cho, Hakodate-shi, Hokkaido (Google Map)
https://ajisai.tv/

Ais krim yang hanya boleh dimakan di Hakodate

Bagi penduduk di Hakodate, ais krim adalah pencuci mulut yang mereka makan pada bila-bila masa tanpa mengira iklim, sama ada selepas mandi, letih lepas berjalan-jalan, atau lepas makan makanan panas di dalam rumah pada hari sejuk.
Di Motomachi yang juga dipanggil sebagai “Jalan Ais Krim”, dan kedai-kedai yang diuruskan oleh peladang secara langsung di pinggir bandar, anda dapat merasai ais krim dengan rasa susu yang dibuat dengan susu segar dan rasa tipikal Hakodate seperti dakwat sotong, kelp, dan wain. Sila cubakan semasa melawat ke sini.

Kedai sushi berputar yang digemari oleh peminat! Pelbagai menu "Kantaro" yang dibuat daripada bahan-bahan makanan tempatan Hokkaido

“”Kantaro”” adalah restoran sushi berputar yang terkenal di Hakodate. Para tukang sushi menyediakan sushi secara langsung di depan pelanggan, menggunakan bahan-bahan yang besar sehingga nasi sushi langsung tidak terlihat. Restoran ini menggunakan bahan-bahan laut segar dan beras dari Hokkaido. Semua hidangan sashimi laut di restoran ini menggunakan hasil tangkapan laut yang segar pada hari itu, jadi kesegaran dan kelezatan adalah terjamin.

Menu di sini sangat beraneka dan harga pun berpatutan. Rasa dan nilai untuk wang adalah sempurna!

Para tukang sushi menyediakan sushi di dalam meja putar di depan pelanggan, jadi anda juga boleh memesan makanan terus dari tukang sushi. Di dalam restoran, terdapat menu dalam bahasa asing dan menu panel sentuh yang memungkinkan anda untuk memesan tanpa perlu berbicara dalam bahasa Jepun.

Setelah memesan, silalah nikmati sushi yang segar dan lazat sambil menikmati kemahiran para tukang sushi.

Menu di Kantaro sangat beraneka, termasuk nigirizushi, Gunkan-maki, makimono, dan yang lain-lain. Terdapat cawangan juga yang menyediakan hidangan goreng. Setiap cawangan menyediakan menu musiman, memungkinkan anda dapat menikmati bahan-bahan segar yang sesuai dengan musimnya.

Salah satu menu yang sangat disyorkan adalah sushi yang menggunakan bahan-bahan unik di Hokkaido.

Terdapat juga cawangan di sekitar taman bersejarah Goryokaku, jadi ketika anda mengunjungi taman itu, cubalah mengunjung ke kedai ini juga.

Kantaro Cawangan Taman Goryokaku
Lokasi: 25-17 Goryokaku-cho, Hakodate-shi (Google Map)
https://www.hk-r.jp/

Restoran terkenal dengan masakan Jepun yang diperkenalkan dalam Panduan Michelin

Hakodate yang diberkati dengan alam semula jadi mempunyai beberapa restoran yang tersenarai di Michelin.
Antaranya ada restoran tradisional Jepun, restoran kaiseki, dan restoran sukiyaki yang dulu sebagai kedai daging, menawarkan masakan Jepun dan juga masakan barat dengan gred tinggi yang menggunakan bahan-bahan yang dipilih dengan teliti.

Pasar Pagi Hakodate yang seperti syurga makanan laut!

Terdapat kira-kira 300 restoran di Pasar Pagi Hakodate yang disukai oleh chef profesional, penduduk tempatan, dan pelancong yang melawat Jepun.
Selain dari makanan laut yang terbangga di Hakodate, makan yang sudah dikeringkan, buah-buahan, gula-gula, dan lain-lain, anda juga boleh mengalami “memancing sotong” yang terkenal dan sentiasa berbaris di luar kedai.

Kesimpulan

Sebagai ibu kota gourmet di bahagian selatan Hokkaido, Hakodate mempunyai segala-galanya daripada sushi segar dan sashimi sampai masakan gourmet klasik Jepun dan Barat serta ramen yang popular, dan sentiasa menggembirakan penduduk tempatan dan pelancong. Jika anda juga berasa restoran yang disyorkan di atas kelihatan lazat, sila masukkanlah ke dalam jadual perjalanan anda dan merasainya apabila anda mengunjung ke Hakodate!