Keyword Search

Sekiranya anda tidak cuba yang ini, anda tidak boleh kata bahawa anda sudah pernah mengunjung ke Hakodate! Jom berjalan-jalan seronoknya dengan menaiki trem!

Adakah anda mempunyai fikiran bahawa anda hanya boleh menggunakan kereta sewa semasa melancong ke Hokkaido? Di Hakodate, sebenarnya anda dapat melawat ke destinasi tempat melancong yang terutama di Hakodate tanpa perlu memandu sendiri dengan hanya mengambil trem Hakodate (trem atas jalan) dengan mudah sekali! Dalam artikel ini, kami akan menerangkan secara terperinci tentang laluan trem, cara penggunakannya, tiket diskaun, khusus laluan dan tempat-tempat yang disyorkan di sepanjang laluan trem.

Rancang dengan baik sebelum anda bertolak! Tentang mengenai cara menaiki trem Hakodate, tambang, dan tiket khas untuk Trem Hakodate.

Cara pengangkutan yang paling biasa digunakan untuk berjalan-jalan di Bandar Hakodate ialah Trem Hakodate (kereta atas jalan bandar). Apabila anda bersiar-siar dengan jalan kaki di sekitar bandar Hakodate, anda boleh melihat kereta api bergerak di jalan-jalan di sekitar bandar. Pemandangan itu memang sangat nostalgia.

Peta Laluan Trem Hakodate

Laluan Trem Hakodate dibahagikan kepada dua laluan, iaitu laluan 2 (garisan merah) dan Laluan 5 (garisan biru), kedua-duanya bermula di "Yunokawa" dan melalui stesen seperti "Goryokaku Koen-mae", "Hakodate-Ekimae", dan "Jujigai". Anda boleh sampai ke stesen ini dari laluan yang mana-mana satu.
Walau bagaimanapun, selepas "Jujigai", kedua-dua garisan menuju ke arah yang berbeza. Laluan 2 melalui "Horai-cho" dan "Aoyagi-cho" dan menuju ke "Yachigashira". Di mana Laluan 5 melalui "Suehiro-cho" dan "Omachi" dan berakhir di "Hakodate Dotsuku-mae". Penumpang yang menuju ke stesen-stesen ini perlu mengambil perhatian supaya tidak terambil laluan yang tidak betul.
Terdapat tiga cara untuk membayar tambang anda:

1. Tunai: Apabila anda menaiki bas, ambil tiket bernombor dari mesin layan diri yang berada di sebelah kanan pintu trem, dan apabila anda turun, periksa papan maklumat tambang yang berada di dalam kereta dan masukkan tiket bernombor dan jumlah tambang yang sama nilai dengan yang dirujuk di papan maklumat ke dalam mesin pembayaran. Oleh kerana mesin ini tidak akan kembalikan duit balik, jadi jika anda tidak mempunyai duit kecil yang mencukupi, sila gunakan mesin pertukaran duit di dalam kereta.

2. Kad IC pengangkutan seperti SUICA dan ICOCA: Sentuh kad IC di pintu masuk apabila anda menaiki bas (tiket bernombor tidak diperlukan), dan sentuh kad sekali lagi di pintu keluar apabila anda turun.

3. Tiket Khas Trem Hakodate: Tunjukkan tiket anda kepada pemandu apabila anda turun dari bas.

Trem Hakodate mempunyai pelbagai tiket diskaun. Jika anda akan menaiki trem banyak kali, anda mungkin boleh mendapatkan tiket ini. Sebahagian daripada mereka ditawarkan sebagai tiket web yang boleh dibeli dan digunakan dengan telefon bimbit dan tablet.

A. Tiket Trem Hakodate untuk 1 hari Trem
Harga: 600 yen untuk dewasa, 300 yen untuk kanak-kanak
Tarikh tamat tempoh: Tempoh dari masa mula penggunaan sampai ke Trem terakhir pada hari yang sama
Cara guna: Pada hari permulaan penggunaan tiket itu, anda boleh menaiki seluruh laluan Trem di bandar Hakodate tanpa had. Terdapat juga tiket web untuk tiket trem sehari, dan anda boleh menunjukkan skrin kepada pemandu apabila anda turun. Jika anda ingin menggunakan tiket yang dengan kertas, sila gunakan duit syiling untuk menggaru bahagian tiket yang digunakan pada hari penggunaan.

B. Tiket Trem Hakodate untuk 24 Jam
Harga: 900 yen untuk dewasa, 450 yen untuk kanak-kanak
Tempoh Sah: 24 jam dari permulaan masa penggunaan
Cara guna: Anda boleh menaiki keseluruhan laluan Trem Hakodate dalam masa 24 jam tanpa had. Tiket ini adalah tiket untuk web sahaja.

C. Tiket sehari khas untuk Trem dan bas Hakodate
Harga: 1,000 yen untuk dewasa, 500 yen untuk kanak-kanak
Cara guna: Anda boleh menaiki trem dan bas tanpa had di semua laluan Trem Bandar Hakodate dan sebahagian yang ditetapkan oleh Bas Hakodate sepanjang hari.
Sila ambil perhatian: Tiket ini adalah untuk tiket web sahaja.

D. Tiket Trem dan Bas Hakodate untuk 2 hari
Harga: 1,700 yen untuk dewasa, 850 yen untuk kanak-kanak
Cara guna: Anda boleh menaiki trem dan bas tanpa had di semua laluan Trem bandar Hakodate dan sebahagian laluan yang ditetapkan oleh Bas Hakodate selama 2 hari berturut-turut.
Sila ambil perhatian: Tiket ini adalah untuk tiket web sahaja.
Tempat untuk membeli tiket elektronik untuk pelbagai tiket web di atas: Aplikasi WEB "DohNa!!"

E. Pasport Perjalanan Hakodate
Harga:
Tiket 1 hari: 2,690 yen untuk dewasa, 1,340 yen untuk kanak-kanak
Tiket 2 hari: 3,650 yen untuk dewasa, 1,810 yen untuk kanak-kanak
Cara guna: Anda boleh menaiki trem dan bas tanpa had di semua laluan Trem bandar Hakodate, sebahagian yang ditetapkan oleh Hakodate Bus, sebahagian yang ditetapkan oleh JR Hokkaido, dan semua laluan Kereta Api Hokkaido Isaribi dalam tempoh sah.
Lokasi jualan: Stesen JR berikut
Hakodate, Goryokaku, Kikyo (ditutup pada hari Ahad dan cuti awam di Jepun), Nanae, Onumakoen, Mori, Yakumo, Oshamambe, Shin-Hakodate-Hokuto, Kikonai, Okutsugaru-Imabetsu
Klik di sini untuk maklumat lanjut: Pasport Perjalanan Hakodate

Kursus pelancongan dengan Trem yang Disyorkan

Jomlah bertolak ke Hakodate dengan trem dari mata air panas "Yunokawa Onsen" yang berada terdekat dengan lapangan terbang!
https://www.hakodate.travel/my/courses/enjoy-exploring-hakodate-by-tram/