Keyword Search

Tajuk artikel: Jom pergi ke Hakodate untuk mencari adegan drama atau filem yang tidak dapat dilupai! 5 tempat suci yang berfungsi sebagai pentas rakaman.

Hakodate adalah salah satu bandar utama di Hokkaido, Jepun, yang terkenal dengan bangunan bergaya Barat, pemandangan malam romantis di Gunung Hakodate, dan tempat-tempat menarik seperti Hachimanzaka yang dapat mememperlihatkan pemandangan seluruh pelabuhan Hakodate, menjadikannya destinasi pelancongan yang penuh dengan aura antarabangsa. Selain itu, banyak drama dan filem Jepun yang terkenal difilemkan di Hakodate kerana sini mempunyai pemandangan yang terindah. Kali ini, kami akan memperkenalkan tempat-tempat yang digunakan dalam karya-karya yang popular.

Ingin Jumpa Anda Sekali Lagi! Terminal Feri Hakodate: 'Ito'

Terminal Feri Hakodate" terletak kira-kira 20 minit dengan perjalanan kereta dari Stesen Hakodate, dan merupai pintu gerbang laut yang menghubungkan Hakodate dan Aomori dengan menawarkan servis sebanyak 8 perjalanan feri setiap hari. Ia telah memainkan peranan penting sebagai pusat pengangkutan semasa sehingga pembukaan perkhidmatan Shinkansen. Kini, ia digunakan bukan sahaja untuk pelancongan, tetapi juga adalah sebagai salah satu cara pengangkutan penduduk tempatan.
Selain dapat melihat Selat Tsugaru yang terbentang di depan mata, "Koibito no Kane"(loceng Kekasih) yang berhampir dengan tempat manaik feri juga adalah tempat foto popular di kalangan pasangan.
Filem 'Ito', yang telah mengguna "Terminal Feri Hakodate" yang terkenal sebagai lokasi rakaman, adalah filem romantik yang mengisahkan tentang cinta dan “Kizuna”, dibintangi oleh Masaki Suda dan Komatsu Nana.
Di sini, adegan klimaks dalam filem yang menggerakkan hati di mana dua orang yang banyak kali bersilang jalan tanpa menyedari satu sama lain, akhirnya bertemu semula semasa parti menukar zaman dari zaman Heisei ke zaman Reiwa.

Alamat: 3-19-2, Minato-cho, Hakodate, Hokkaido
Waktu Operasi: 24 jam

Tempat Bertemu Semula: Persimpangan Hakodate Tram di Hakodate: 'Sekai Kara Neko ga Kietanara'

Trem Jalan Hakodate, yang sering digunakan oleh pelancong, adalah trem jalan yang beroperasi di bandar Hakodate. Di sepanjang laluan bas ini, kawasan Persimpangan Hakodate mempunyai banyak bangunan bersejarah yang masih tertinggal sejak dahulu, mencipta pemandangan bandar dengan aura nostalgik yang memikati hati.
Dalam filem yang diadaptasi dari novel yang terkenal, 'Sekai Kara Neko ga Kietanara' dengan perciptanya Genki Kawamura, terdapat satu adegan di mana dua watak utama, Sato Takeru dan Miyazaki Aoi, bertemu semula. Adegan tersebut diambil di 'Hakodate Kogeisha' yang terletak di Persimpangan Hakodate.
'Hakodate Kogeisha' adalah sebuah galeri seni dan kraf yang ditubuhkan pada tahun 1997. Ia diubahsuai dari sebuah bangunan yang dibina pada permulaan era Showa ketika Hakodate berkembang sebagai pintu masuk utama ke Hokkaido. Kini, ia menampilkan koleksi dan jualan barang-barang tembikar terutamanya dari Hokkaido. Ini adalah destinasi yang wajib dikunjungi apabila anda ingin mencari barang-barang seperti perhiasan kehidupan seharian sehingga cenderahati percutian di Hokkaido.

Alamat: 8-8, Suehiro-cho, Hakodate-shi, Hokkaido
Waktu Operasi: 10:00-18:00

Berdiri di Pentas Impian: Kanemori Souko: 'Tokyo Friends’

‘Kanemori Akarenga Souko-1’(Gudang Batu Bata Merah Kanemori) yang terdiri daripada empat bangunan terletak kira-kira 15 minit perjalanan kaki dari Stesen Hakodate, adalah tarikan pelancongan bersejarah di kawasan Teluk Hakodate. Di sini anda boleh menikmati makanan lazat, membeli-belah, dan bersiar-siar di tempat pelancongan.
Gudang bata merah terang ini menampilkan daya tarikan yang berbeza pada siang dan malam. Khasnya, kolaborasi antara sinaran matahari terbenam yang memancar pada bangunan merah dengan Gunung Hakodate menciptakan suasana romantis yang lebih mendalami.
Salah satu karya terkenal yang menggunakan "Kanemori Akarenga Souko" sebagai lokasi penggambaran adalah filem 'Tokyo Friends' di mana penyanyi Ai Otsuka membintangi untuk kali pertama.
Filem ini mengisahkan kisah remaja yang mengejar jurang antara impian dan realiti, persahabatan dan cinta. Dalam satu adegan di mana band bernama "Survival Company" mempersembahkan persembahan yang menghangati di sebuah rumah langsung, "Gudang Batu Bata Merah Kanemori" digunakan sebagai lokasi rakaman.

Alamat: 14-12, Suehiro-cho, Hakodate-shi, Hokkaido
Waktu Operasi: 9:30 - 19:00

Jejak Langkah Bersama di Jalan Hachimanzaka: 'Lunch no Jyoou'

"Hachimanzaka” terletak di tengah-tengah pusat bandar Hakodate dan adalah tempat pemandangan yang popular di mana anda boleh melihat keindahan bandar pelabuhan yang megah apabila mendaki cerun.
Di sekitar cerun, terdapat bangunan bersejarah yang memberi jalan kepada perpaduan sejarah yang kaya dan seni bina moden, yang menonjolkan keunikan Hachimanzaka. Pada malam musim sejuk, bukit ini diterangi dengan lampu dan terciptalah pemandangan malam yang romantis dan mistik.
Salah satu drama terkenal yang dirakam di Hachimanzaka adalah 'Lunch no Jyoou’, sebuah karya terkenal yang menampilkan ramai pelakon hebat seperti Takeuchi Yuko dan Tsutsumi Shinichi.
Adegan di mana watak-watak itu berjalan bersama-sama di atas cerun semasa lawatan mereka ke Hakodate, memberi satu perasaan kesan mendalam. Selain itu, 'Hachimanzaka' juga terkenal sebagai lokasi penggambaran untuk pelbagai iklan televisyen dan drama.

Alamat: 19, Suehiro-cho, Hakodate-shi, Hokkaido"

Jejak Hijikata Toshizo dan Shinsengumi Goryokaku - 'Shinsengumi!'

“Goryokaku” adalah simbol sejarah Hakodate dan ditetapkan sebagai Situs Bersejarah Khas Negara. Ia merupakan sebuah istana dengan parit yang berbentuk bintang dan indah.
Dari atas menara pemandangan, anda boleh melihat seluruh Goryokaku dan pemandangan Hakodate yang luar biasa. Tempat ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan sepanjang tahun dari musim sakura dan azalea yang mekar, hingga musim panas yang hijau, musim luruh yang merah, dan dunia putih bersalji di musim sejuk, dan merupai tempat yang dapat memberikan pesona pelbagai warna sepanjang empat musim.
Di tengah-tengah Goryokaku terdapat pejabat Majistret Hakodate yang telah dipulihkan, di mana anda boleh memahami sejarah Goryokaku bermula dari pembukaan pelabuhan Hakodate pada zaman Akhir Shogun, dan juga tentang "Perang Hakodate," pertempuran terakhir samurai-samurai Tokugawa, yang berlaku di sini.
Goryokaku bukan sahaja satu lokasi tarikan pelancongan, tetapi juga mempunyai ciri-ciri unik yang mempunyai sejarah zaman genting Jepun.

Alamat: 43-9, Goryokaku-cho, Hakodate-shi, Hokkaido
Waktu Operasi Menara Pemandangan: 9:00 pagi hingga 6:00 petang (Buka setiap hari sepanjang tahun)

Akhir kata

Hakodate adalah lokasi rakaman yang sering digunakan dalam drama dan iklan di Jepun. Mungkin, tanpa sedar, anda telah mengunjungi tempat-tempat terkenal ini.
Walau bagaimana pun, pasti anda tidak mahu melepasi peluang untuk mengunjungi tempat-tempat ini lepas mengetahui latar belakang tempat-tempat ini dengan adegan-adegan yang mengharukan dalam karya-karya terkenal. Kalau anda sedang merancangi perjalanan ke Hakodate, jomlah menggabungkan lawatan ke lokasi rakaman ini dengan pelanconglan anda.