menawarkan pengalaman menikmati suasana musim sejuk yang meriah.

Kawasan di sepanjang Sungai Samegawa diterangi dengan cahaya berkonsepkan tradisional Jepun, bermula dari kawasan kolam rendam kaki berhampiran perhentian trem “Yunokawa Onsen”. Lampu dinyalakan dari waktu matahari terbenam hingga pukul 10 malam.

Anggaran waktu matahari terbenam:

  • 1 Disember: sekitar 4:07 petang
  • 1 Januari: sekitar 4:16 petang
  • 1 Februari: sekitar 4:51 petang

Dengan tanglung yang menampilkan corak diinspirasikan daripada kumiko, iaitu seni pertukangan kayu tradisional Jepun yang terkenal dengan reka bentuk geometri yang unik, acara ini menyerlahkan keindahan dan keunikan seni tradisional Jepun. Kawasan Yunomeguri Butai turut dihiasi dengan cahaya iluminasi yang lembut.

Pengunjung juga boleh menikmati pengalaman merendam kaki sambil melihat warna air kolam yang berubah-ubah. Kolam air panas untuk merendam kaki ini dibuka kepada orang ramai secara percuma. Pengunjung diminta membawa tuala sendiri untuk mengeringkan kaki.