Lokasi menarik berdekatan Stesen Hakodate

【Tarikh Kemaskini : Ogos 2025】
Pernahkah plan anda untuk melancong tergendala disebabkan cuaca yang tidak menentu? Musim panas di Hakodate memang menyenangkan dan memikat namun kadangkala memberi sedikit kejutan iaitu cuaca yang tidak menetu. Walaupun kita tidak boleh mengawal perubahan cuaca, kita boleh merancang ‘Plan B’ sekiranya cuaca pada hari melancong tidak seperti yang diharapkan. Jom kita lihat lokasi-lokasi berdekatan Stesen Hakodate yang boleh menjadi Plan B anda tanpa mengira cuaca! Semua tempat ini sesuai dikunjungi walaupun pada hari hujan, jadi jadikanlah panduan ini sebagai rujukan untuk perjalanan anda.
Hakoviva、tempat berkumpulnya kedai-kedai popular di Hakodate

Terletak bersebelahan dengan Stesen Kereta Api Hakodate, ‘Hakoviva’ berasal daripada bahasa Jepun, yang bermaksud “tempat yang membawa kebahagiaan”. ‘Hakoviva’ ialah kompleks komersial berskala besar yang menghimpunkan pelbagai kemudahan seperti restoran, gimnasium, kedai serbaneka dan kedai cenderamata, semuanya di satu tempat. Dengan akses yang sangat mudah, ia merupakan destinasi yang ideal bagi mereka yang ingin menikmati perjalanan dengan santai dan selesa. Ia juga amat berguna untuk digunakan semasa menunggu sambungan pengangkutan awam atau untuk makan dan membeli-belah berhampiran stesen.
Hakodate Ekimae Yokocho



Di “Hakodate Ekimae Yokocho”,terdapat deretan kedai yang unik dan penuh dengan identiti tersendiri. Di dalamnya juga terdapat ruang pameran yang membawakan semula rupa asal Stesen Hakodate suatu ketika dahulu, disitu anda boleh menikmati suasana retro dan nostalgik seolah-olah sedang menaiki mesin masa. Di bahagian dalam, terdapat juga ruang rehat yang tenang dan sesuai untuk bersantai.
- Waktu perniagaan:9:00 am ~11:00 pm(berbeza mengikut kedai)
- Cuti:Dibuka setiap hari(※Waktu operasi dan hari cuti mungkin berbeza mengikut kedai. Sila semak laman web rasmi untuk maklumat lanjut.
- Alamat: 12-8 Wakamatsu-cho, Hakodate, Hokkaido
- Waktu perniagaan: Berbeza mengikut kedai
- Cuti: dibuka setiap hari (※berbeza mengikut kedai, sila rujuk laman web rasmi )
- Akses:1 minit berjalan kaki dari Stesen Hakodate JR
- Laman web rasmi (English)
Kiralis – Kompleks yang menghubungkan komuniti dan masa depan

Terletak betul-betul berhadapan dengan Stesen Kereta Api Hakodate, bangunan 4 tingkat ini menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua golongan umur. Di aras bawah tanah dan tingkat satu, terdapat deretan kedai makan dan kedai cenderamata yang meriah. Sementara itu, di aras 3 dan 4, terdapat fasiliti yang mungkin tidak diketahui oleh kebanyakan pelancong tetapi amat disukai dan sering dikunjungi warga lokal iaitu Future Center Hakodate dan Hakodate Kids Plaza.
Terokai alam futuristik di Future Center Hakodate

Fasiliti ini penuh dengan pengalaman unik yang menggunakan teknologi canggih. Terdapat pameran dan kandungan interaktif yang memberi pengalaman merasai masa depan, menyediakan ruang di mana kanak-kanak boleh belajar sambil bermain dengan bebas. Ia merupakan tempat yang mesra dan hangat untuk keluarga menghabiskan masa bersama dengan seronok.
Konten

Media Wall
Antara tarikan paling popular di Futurre Center Hakodate ialah “Media Wall”, paparan LED bersaiz besar dengan lebar 14.5 meter dan tinggi 2.5 meter yang beresolusi tinggi. Pengunjung boleh menikmati pelbagai visual seperti pemandangan Hakodate, imej sotong yang memenuhi skrin, serta permainan interaktif yang memerlukan pergerakan badan.

Akuarium Digital
Teringin mahu reka ikan sendiri? Akuarium digital ini membolehkan anda menghias dan mewarna ikan dengan megikut kreativiti masing-masing. Ikan virtual hasil rekaan tersebut akan dilepaskan dan berenang dalam akuarium maya. Aktiviti ini adalah satu tarikan interaktif yang menggabungkan kreativiti dan teknologi digital, sesuai untuk dinikmati oleh semua peringkat umur, dari kanak-kanak hingga dewasa.

Robot anjing ‘Aibo’
Haiwan peliharaan robot? Sebenarnya, ini adalah robot berbentuk anak anjing yang pandai mengikuti arahan seperti anjing sebenar. Jangan lepaskan peluang untuk berinteraksi dengan robot-robot comel ini!

Ruang santai
Kawasan teres ini dibenarkan makan dan minum, lengkap dengan Wi-Fi percuma untuk kegunaan rehat atau kerja ringkas. Pada hari biasa, kawasan teater digunakan sebagai ruang kerja bersama, manakala pada hujung minggu ia digunakan sebagai ruang acara.
※Bermula 11 Julai 2025 (Jumaat) ~ 27 Ogos 2025 (Rabu), kawasan ini tidak boleh digunakan kerana persiapan, pelaksanaan, dan penamatan pameran musim panas.
- Alamat : Aras 3, kiralis Hakodate, 20-1 Wakamatsu-cho,Hakodate
- Akses:3 minit berjalan kaki dari Stesen Hakodate JR
- Waktu Operasi : 10:00~20:00 (Dibenarkan masuk sehingga pukul 19:30 malam)
- Cuti:
- Hari Rabu kedua setiap bulan (Hari Rabu ke-4 bagi bulan Januari & Ogos)
- Cuti akhir dan awal tahun (31 Disember, 1 Januari)
- Tiket masuk :
- Individu : \300
- Kanak-kanak belum bersekolah : Percuma
- Tiket gabungan untuk kedua-dua bangunan tersedia. Sila lihat maklumat lanjut di bahagian akhir.
- Parkir : Disediakan. Pengguna kemudahan boleh parking percuma sehingga 2 jam. Sila semak laman web rasmi untuk maklumat lanjut.
- Laman web rasmi (Bahasa Jepun)
Hakodate Kids Plaza ~ Ruang santai keluarga bersama anak-anak

Selain itu, terdapat pelbagai permainan seperti Wall Climbing, zon melompat, dan trek udara, di mana kanak-kanak boleh bermain dengan selamat di bawah pengawasan ibu bapa mereka.
※Kemasukan bagi orang dewasa sahaja atau kanak-kanak sahaja tidak dibenarkan.
※Pelajar sekolah menengah dan ke atas dibenarkan masuk hanya jika ditemani oleh seorang dewasa (penjaga) dan kanak-kanak.
Kawasan bermain, Maru Hiroba dan Taman khas untuk bayi








- Alamat : Aras 4, Kiralis Hakodate, 20-1 Wakamatsu-cho, Hakodate, Hokkaido
- Akses:3 minit berjalan kaki dari Stesen Hakodate JR
- Waktu Operasi : 10 am ~6 pm (Dibenarkan masuk sehingga5:30 petang)
- Cuti:
- Hari Rabu kedua setiap bulan (Hari Rabu ke-4 bagi bulan Januari & Ogos)
- Cuti akhir dan awal tahun (31 Disember, 1 Januari)
- Tiket masuk:
- Dewasa: 100 yen
- Kanak-kanak): 300yen
- Bayi (6 bulan ke bawah): Percuma (Perlu tiket masuk percuma)
- Tiket gabungan untuk kedua-dua bangunan tersedia. Sila lihat maklumat lanjut di bahagian akhir.
- Parkir : Disediakan. Pengguna kemudahan boleh parking percuma sehingga 2 jam. Sila semak laman web rasmi untuk maklumat lanjut.
- Laman web rasmi (Bahasa Jepun)
- Tiket masuk:
- Sekolah menengah・Dewasa:300 yen
- Sekolah rendah:500 yen
- Belum bersekolah:300 yen
- Bayi(berusia bawah 6 bulan):Percuma(Perlu tiket masuk percuma)
Akhir sekali
Jangan biarkan cuaca buruk mengahalang dan mengganggu mood anda ketika bercuti!Semua tempat di Hakodate yang diperkenalkan kali ini boleh dinikmati dengan selesa walaupun pada hari hujan. Walaupun cuaca tidak menentu, hari cuti tetap patut dinikmati sepenuhnya! Sudah tentu, anda juga dialu-alukan untuk berkunjung ketika cuaca baik. Jadi, jadikan maklumat ini sebagai rujukan berguna untuk merancang perjalanan tanpa mengira cuaca. Jom kita enjoy momen istimewa di Hakodate tanpa perlu risau tentang keadaan cuaca!