Pilihan Penginapan

  • Hotel

    Bou-rou Noguchi Hakodate

    Terdapat lebih daripada 100 hotel di Hakodate. Pilihan berlainan boleh didapati bergantung pada bajet dan pilihan anda. Pilihan bermula dari hotel mewah yang mempunyai penilaian Michelin Guide paling tinggi hingga kondominium yang dilengkapkan dengan dapur, sampailah hotel murah.

  • Rumah Penginapan
    Gaya Jepun

    Chikuba Shinyotei

    Rumah penginapan gaya Jepun bercirikan rekaan dalaman dan luaran yang bertujuan untuk membolehkan tetamu mengalami budaya unik Jepun. Penginapan semalaman biasanya termasuk sarapan dan makan malam. Kebanyakan daripada rumah penginapan ini boleh ditemui dalam Yunokawa Onsengai (kawasan peranginan spa), termasuk mata air panas dalam tempat penginapan itu juga.

  • Rumah Tetamu

    B&B Pension HAKODATE-MURA

    Banyak penginapan murah, termasuk hotel, rumah tetamu, B&B dan "Minshuku" (rumah tetamu dijalankan keluarga kecil), boleh didapati di Hakodate. Pilihan penginapan ini mempunyai suasana mesra, dan menawarkan tetamu peluang untuk menikmati interaksi dengan pemilik, keluarga mereka dan tetamu lain.

Search

Alami Tempat Penginapan Anda di Hakodate Sepuas-puasnya

Nikmati makanan istimewa.

Hotel dan rumah penginapan gaya Jepun berharga sederhana hingga harga mewah menawarkan pengalaman hidangan Jepun asli, dengan bahan tempatan yang dihasilkan di wilayah Hakodate. Ramai pelancong Jepun suka bermandi dalam mata air panas dahulu, kemudian tukar kepada yukata yang disediakan dalam bilik mereka sebelum makan malam. Dengan cara begini, bir akan rasa lebih baik dan perbualan berjalan lancar! Pergi cubanya!

Rendam dalam mata air panas dan berehat.

Banyak hotel dan rumah penginapan gaya Jepun di Hakodate dipasang dengan takung mandi mata air panas besar. Sesetengah tempat penginapan ini menawarkan pemandangan indah permai taman Jepun daripada kemewahan takung mandi. Mata air panas menyegarkan badan dan juga bermanfaat dalam melawan keletihan, neuralgia, sakit belakang bahagian bawah, penyakit gastrousus, penyakit ginekologi dan penyakit lain.

Sarapan pagi mereka menjadi kemegahan beberapa hotel.

Hakodate tidak asing kepada Hotel & Pusat Peranginan Spa "La Vista Hakodate Bay," yang dipilih oleh TripAdvisor sebagai hotel terbaik Jepun untuk sarapan yang sedap" pada tahun 2012. Banyak hotel menawarkan sarapan gaya bufet yang membolehkan tetamu untuk memilih makanan mereka seleksi makanan Jepun dan barat yang menggunakan bahan paling segar di Hakodate. Sarapan Jepun adalah makanan standard di rumah penginapan gaya Jepun.

Pelbagai bentuk penginapan di Hakodate dipaparkan dalam Michelin Guide Hokkaido!

Rumah penginapan Jepun Bourou Noguchi di Hakodate diserlahkan, dan dinilai antara yang terbaik dan paling mewah dalam Edisi Khas Michelin Guide Hokkaido 2012. Sebanyak 18 hotel dan rumah penginapan Jepun dinamakan. Anda boleh pilih mengikut keutamaan anda daripada rumah penginapan mata air panas atau hotel peranginan dan hotel murah atau hotel perniagaan di kawasan pusat bandar.