Perkhidmatan Wi-Fi

wi-fiアイコン

Wi-Fi PERCUMA HAKODATE (HAKODATE FREE Wi-Fi)

Wi-Fi PERCUMA HAKODATE terdapat di lokasi yang ditanda dengan pin biru pada peta Google.

Hakodate telah mengembangkan perkhidmatan Wi-Fi untuk menyediakan persekitaran yang selesa kepada pelancong asing. Sila gunakan dengan sebaiknya apabila melawat tempat bersiar-siar atau apabila membeli-belah di bandar. Perkhidmatan Wi-Fi boleh digunakan di sekitar kawasan yang ditetapkan dengan tanda kawasan Wi-Fi yang ditunjukkan di bawah.

HAKODATE FREE Wi-Fi Available Here

Wi-Fi terdapat dengan meluas di Motomachi / Kawasan Teluk.

Motomachi / Kawasan Teluk, kawasan utama untuk berjalan-jalan di bandar, mempunyai banyak hotspot akses Wi-Fi. Wi-Fi boleh didapati di laluan tepi jalan dan sebagainya seperti yang ditunjukkan oleh garis biru dalam peta. Jika isyarat lemah, sila bergerak lebih dekat dengan titik akses yang ditandakan dengan pin biru pada Peta Google untuk menggunakan perkhidmatan Wi-Fi.

Motomachi Area & Bay Area (English)

Hotspot Lain

Selain daripada Wi-Fi PERCUMA HAKODATE, beberapa tempat bersiar-siar, penginapan dan restoran seperti Lucky Pierrot menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma mereka sendiri (Lokasi ditanda dengan pin merah pada peta Google.) Perkhidmatan tersebut mungkin memerlukan pengesahan menggunakan alamat e-mel. Bagi maklumat tentang cara untuk menggunakan perkhidmatan mereka, sila tanya setiap tempat tersebut. Data ini adalah yang terkini sehingga Ogos 2015.

Maklumat Berguna