Masa yang sesuai untuk melihat bunga Sakura di Hakodate

Dari tempat melancong penting dalam bandar seperti Taman Hakodate dan Taman Goryokaku sampai ke tempat-tempat tersembunyi yang terletak tidak sangat jauh dari bandar, terdapat banyak tempat-tempat di mana anda boleh mengagumi bunga sakura di Hakodate dan pinggir bandarnya. Selain daripada bunga Sakura Somei Yoshino, bunga Yaezakura yang mekar pada masa kemudian juga sangat cantik, dan hanya di Hakodate anda boleh menikmati bunga sakura untuk jangka masa yang lama, yang merupakan satu ciri di Hakodate.

Biasanya, bunga Sakura di Hakodate adalah pada akhir bulan April ~ awal bulan Mei, tetapi sejak tahun 2021, masa terbaik untuk melihatnya telah dipercepatkan. Adalah diperhatikan bunga sakura bermula mekar pada 14 April pada tahun 2023, dan mekar sepenuhnya pada 20 April 2023. Menurut Weathernews yang merupakan antara sumber yang terutama mengumumkan ramalan bunga Sakura, bunga Sakura di Hakodate pada tahun 2024 dijangka akan mekar di sekitar 17 April 2024, dan mekar penuh enam hari kemudian pada 23 April 2024, mengikut trend tahun-tahun sebelumnya.

Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan tujuh tempat di mana anda boleh menikmati bunga Sakura di dalam dan sekitar Bandar Hakodate.

 

Pemandangan bunga Sakura yang dilihat dari Menara Goryokaku adalah sangat mengagumkan! Taman Goryokaku

Taman Goryokaku yang mengelilingi tapak bersejarah istimewa Goryokaku, adalah tempat melihat bunga Sakura yang terkenal dengan 1,500 bunga Sakura. Kebanyakannya adalah bunga Sakura Somei Yoshino, tetapi terdapat juga bunga Shidarezakura yang cantik di sekitar Hakodate Bugyosho.
Terdapat jalan persiaran kira-kira 1800 meter di sekitar perimeter taman, di mana anda boleh berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan bunga Sakura dengan parit. Terdapat bangku, kafe, dan restoran yang tersebar di sepanjang jalan persiaran, di mana anda boleh berehat sambil melihat bunga Sakura. Anda juga boleh menikmati perahu mendayung dan berkelah di taman.
Selepas berjalan kaki, adalah disyorkan untuk melihat Goryokaku berbentuk bintang yang dikelilingi oleh bunga Sakura dari dek pemerhatian Menara Goryokaku, iaitu dek yang berada 90 meter di atas tanah. Dari dek pemerhatian, anda boleh menikmati pemandangan dengan 360 darjah, dan bunga Sakura yang berwarna merah jambu mekar penuh adalah menakjubkan. Di dek pemerhatian, ais krim Sakura dengan masa terhad akan dijual pada tahun ini. Sila rasainya sambil melihat Goryokaku yang dicelup dalam warna bunga Sakura!
Pada waktu malam, kawasan sekitar Menara Goryokaku dihiasi dengan bunga sakura pada waktu malam, dan anda boleh menikmati pemandangan yang terhebat.

Lokasi (Menara Goryokaku): 43-9 Goryokaku-cho, Hakodate-shi, Hokkaido
Akses: Naik Hakodate City Trem di “”Stesen Hakodate”” dan turun di stesen “”Goryokaku Koen-mae””, dan berjalan kaki selama kira-kira 10 minit
Link

 

“”Taman Hakodate”” yang dapat menikmati pemandangan bunga sakura dengan laut

Taman Hakodate yang dibuka pada tahun 1870, merupakan taman pertama di Jepun yang dibina dengan penyertaan rakyat-rakyat. Dalam taman yang masih mengekalkan daya tarikan semasa pembukaannya, selain daripada bekas Muzium Hakodate pertama dan kedua yang mainkan peranan sebagai harta budaya berbentuk di Hokkaido, terdapat juga taman bermain “”Kodomo no Kuni”” di mana anda boleh menaiki kereta gantung Jepun yang tertua. Terdapat juga perpustakaan dan fasiliti pemeliharaan haiwan, yang menciptakan satu ruang santai yang kaya dengan pelbagai kemudahan.
Semasa musim bunga Sakura, kira-kira 400 pokok Sakura mekar di dalam taman. Dari Gunung Meiji di taman, anda boleh menghadap ke Selat Tsugaru dengan Gunung Hakodate di latar belakang, dan menikmati pemandangan laut dengan bunga Sakura yang indah. Dari akhir bulan April hingga awal bulan Mei, ia adalah tempoh melihat bunga Sakura, dan penggunaan api, makanan dan minumam adalah dibenarkan, dan gerai tepi jalan juga dibuka. Di samping itu, tempat ini juga dinyalakan dengan tanglung.

Lokasi: 17, Aoyagi-cho, Hakodate-shi
Akses: Naik Trem menuju ke Yajitou, turun di Stesen Aoyagicho, dan berjalan kaki selama 2 minit.

 

Bersiar-siar melalui terowong Sakura yang indah! “Sakuragaoka Dori”

Di “”Sakuragaoka Dori”” yang terletak di sempadan kawasan perumahan yang tenang di antara Kashiwagi-cho dan Matsukage-cho yang berada berdekatan dengan kawasan Goryokaku, terdapat lebih kurang 100 pokok sakura yang ditanam sepanjang kira-kira 800 meter. Sakura sepanjang jalan ini dibiarkan terpelihara dengan baik oleh penduduk tempatan. Pada musim bunga sakura dari akhir bulan April hingga awal bulan Mei, tempat ini berubah menjadi terowong sakura yang terindah.

Pada musim mekar untuk bunga Sakura, seluruh jalan dipenuhi dengan pelancong yang beramai-ramai. Kadang-kadang, kesesakan lalu lintas berlaku waktu siang malam, oleh itu adalah digalakkan untuk berjalan kaki untuk menikmati pemandangan yang indah.

Lokasi: Matsukage-cho, Hakodate-shi
Akses: 5 minit berjalan kaki dari stesen trem Kashiwagicho.

 

Kombinasi antara pemandangan torii dan bunga Sakura adalah indah di “”Hakodate Hachimangu””

Adalah dipercayai bahawa asal usul “”Hakodate Hachimangu”” di kaki gunung Hakodate bermula pada tahun 1445. Kuil Hachimangu ini dikelilingi oleh banyak alam semula jadi, dan jika anda berkunjung pada akhir bulan April, anda akan dapat menikmati pelbagai jenis bunga Sakura, termasuk bunga Sakura Somei Yoshino. Tanglung batu berbaris di sepanjang jalan menuju ke kuil, dan bunga Sakura Somei Yoshino yang indah mekar sepenuhnya di sekitar pintu torii, dan bunga Shidarezakura juga terkenal dan menakjubkan di tebing “”Kolam Magatama””.

Salah satu jenis pokok yang paling terkenal di kawasan suci ini adalah Pokok Oyamazakura, yang batangnya dipecahkan oleh taufan pada tahun 2004. Walaupun hanya satu pertiga daripada batang yang tertinggal, tetapi ia kemudiannya dihidupkan semula dan kini dikenali sebagai “”pokok Sakura pemanjangan hayat””. Silakan nikmati pemandangan di mana sakura menjadi lebih indah dengan latar belakang bangunan di dalam kawasan Hakodate Hachimangu.

Lokasi: 2-5, Yachigashira-cho, Hakodate-shi
Akses: Kira-kira 8 minit berjalan kaki dari stesen Trem Yachigashira
Link

 

Tempat yang tidak banyak diketahui di bandar Hakodate! Trappistine Monasteries dan “Taman Shimin no Mori”

“”Trappistine Monasteries”” yang terletak di dalam bandar Hakodate adalah terletak di atas bukit dan berada sedikit jauh dari Yunokawa dan Lapangan Terbang Hakodate. Di halaman depan yang boleh dilawati oleh pelancong awam, terdapat sakura yang indah, dan anda boleh mengambil gambar pemandangan yang cantik dengan bangunan gereja bata merah bersama dengan sakura.

Di sebelah “”Shimin no Mori”” yang bersebelahan dengan Monastery, terdapat banyak pokok Sakura Somei Yoshino, yang baloi untuk dijelajahi. Walaupun musim bunga Sakura Somei Yoshino berlalu, terdapat juga pokok Yaezakura yang mekar di jalan-jalan di mana pemandangannya juga sangat menakjubkan. Selain itu, di dalam “”Shimin no Mori”” terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan, termasuk ais krim tempatan yang lazat untuk dinikmati.

Lokasi: 346, Kamiyukawa-cho, Hakodate-shi
Akses: 10 minit dengan bas ulang-alik Hakodate dari Lapangan Terbang Hakodate
Link

 

“”Kereta gantung Hakodate”” yang melintasi “”Hakodate Haisuijou”” yang dikelilingi oleh Sakura yang beratus tahun.

Jika anda berjalan selama kira-kira 10 minit dari platform kereta gantung Hakodateyama ke arah gunung, anda akan sampai ke “”Motomachi Haisuijou””. Di satu sudut dataran air pancut, terdapat dua pokok Sakura Somei Yoshino yang dikenali sebagai “”bunga Sakura 100 tahun””, yang berusia lebih daripada 100 tahun, dengan lilitan batang kira-kira 4 meter, ketinggian kira-kira 13 meter, dan lebar cawangan kira-kira 20 meter. Apabila mekar sepenuhnya, cawangannya seolah-olah sedang menyokong awan-awan merah jambu pucat, yang mencipta pemandangan yang menakjubkan.
Dari kereta gantung, anda dapat melihat bunga Sakura, bandar, dan laut, jadi silalah nikmatinya dengan sepenuhnya. Rumput dan bangku di stesen Haisuijou dikekalkan dengan baik, jadi anda boleh duduk dan menikmati bunga Sakura dengan perlahan-lahan. Oleh kerana bunga Sakura di sini terletak di tanah tinggi, mereka mula mekar dua atau tiga hari kemudian berbanding dengan bunga Sakura di bandar.

Lokasi: 1 – 4, Motomachi, Hakodate-shi.
Akses: Kira-kira 10 minit berjalan kaki dari hentian Trem Jyujigai (kira-kira 10 minit berjalan kaki dari pintu masuk sampai ke Pokok Sakura beratus tahun). Bertentangan dengan Stesen Gunung Hakodate Ropeway Sanroku. Atau 2 minit berjalan kaki dari Gereja Motomachi.
Waktu buka: 9:00 – 18:30

 

Terowong bunga Yaezakura yang berwarna merah jambu gelap! Kuil Ishizaki Jinushikai

Dalam perjalanan dari Yunokawa Onsen ke Toi, Kuil Ishizaki Jinushikai adalah salah satu tarikan bunga Sakura Hakodate yang kurang dikenali. Jalan menuju ke kuil di sini dikelilingi oleh barisan pokok Yaezakura yang menjadi terowong sakura berwarna jambu pekat pada awal bulan Mei. Sakura di sini ditanam semasa bangunan kuil diubahsuai pada tahun 1968, dengan menggunakan pokok Yaezakura dari Matsumae.

Kira-kira 180 pokok Sakura dibarisi di kawasan kuil dan di sekeliling jalan ke kuil. Bunga Yaezakura mekar lebih lewat daripada bunga Sakura Somei Yoshino, dan masa terbaik untuk melihatnya adalah dari awal sampai pertengahan bulanMei. Ia adalah kira-kira masa yang sama dengan berbunga azaleas di Eyama, jadi anda boleh menikmatinya bersama-sama.

Lokasi: 248 Shiroishi-cho, Hakodate-shi
Akses: Turun di perhentian bas Ishizaki, lepas itu berjalan kaki selama 25 minit.