Musim sejuk

Kami mempunyai beberapa hari bersalji di sekitar bulan November. Bandar putih dengan salji dalam bulan Januari dan Februari. Bulan Disember hingga Februari menawarkan pesta musim sejuk. Anda boleh melihat salji turun ke atas bangunan dan pokok tepi jalan yang diterangi lampu hias.

Musim bunga

Menjelang Mac, kebanyakan salji yang tertimbun dalam bandar telah cair. Dalam bulan April, bunga mula mekar di Gunung Hakodate. Dari lewat bulan April hingga pertengahan Mei berlangsung musim sakura berbunga. Ramai orang keluar untuk melihat bunga sakura berkembang.

Musim panas

Bulan musim panas di Hakodate selesa dengan kelembapan rendah, dan itu sebabnya orang melawat di sini untuk mendapatkan kelegaan daripada haba. Dalam bulan Julai dan Ogos, terdapat pesta luar dengan acara bunga api dan perarakan orang menari, di samping persembahan drama dan muzik.

Musim luruh

Pada musim luruh, gunung dan laut kelihatan cantik dalam udara yang jelas. Ini musim terbaik untuk berjalan-jalan di sekitar bandar dan melihat pemandangan malam. Daun pokok tepi jalan bertukar merah atau kuning dari pertengahan Oktober. Anda boleh menikmati kecerahan musim luruh.